Tips Menjadi Wanita Yang Menarik Dan Menawan


AKU BAHAGIA !!!


12 Tips Untuk Wanita Agar Lebih Menarik & Menawan!

1. Menyayangi Diri Sendiri
Sayang pada diri sendiri adalah kunci utama untuk tampil menarik. Jangan pernah mengeluh tentang kekurangan yang ada pada diri anda. Rasa percaya diri merupakan sebuah kekuatan yang memikat. Jadi, anda harus belajar untuk lebih percaya diri.


2. Mengenali dan Menjadi Diri Sendiri
Apabila anda ada di sebuah acara, misalnya pesta, perhatikan gerak-geri lelaki. Lelaki cenderung lebih tertarik pada wanita yang berkepribadian unik (dalam erti positif). Jadi, kenalilah kelebihan diri yang boleh membuat anda tampak menarik dan menyenangkan.

3. Gaya Hidup Sehat
Mata adalah jendela hati. Mata adalah cermin keperibadian. Mata adalah sahabat baik bagi wanita yang selalu merawat dan menjaga kesihatan tubuh. Dengan pandangan mata, lelaki dapat mengukur cara hidup anda. Misalnya, berapa lama anda tidur, kebiasaan sehari-hari anda, dan berat badan anda.


4. Menjaga Kebersihan
Merawat diri agar selalu tampak bersih dan segar mutlak dilakukan. Contohnya, mandi teratur, menggosok gigi, dan berpakaian rapi serta bersih.


5. Menjaga Kesihatan dan Gaya Rambut
Rambut berfungsi sebagai pelukis wajah. Jadi, rawatlah rambut agar tidak kotor dan rosak. Rambut yang sihat akan membuat anda tampak menarik. Jangan lupa, sesuaikan potongan rambut dengan bentuk wajah.


6. Selalu Bergaya
Berusahalah untuk selalu tampil menarik di mana pun, pada bila-bila pun, dalam situasi dan pakaian jenis apapun.

7. Menyenangkan
Lakukanlah hal yang terbaik bagi sesiapa pun. Jadi peribadi yang menyenangkan. Jangan bersikap kasar kerana wanita kasar akan kelihatan tidak menarik.

8. Tersenyum
Usahakan untuk selalu tersenyum walaupun hanya senyuman tipis. Ketika tersenyum, anda akan nampak lebih menarik. Namun, ingat! Jangan terlalu banyak dan sering tersenyum kerana lelaki lebih menyukai wanita misteri.


9. Menyertai
Lelaki cenderung menyukai wanita yang aktif dan kreatif. Jadi, berpartisipasilah dalam kegiatan-kegiatan yang positif dan tidak bertentangan dengan prinsip hidup anda.

10. Menyambung Perbincangan
Lelaki cenderung lebih menyukai wanita yang nyambung diajak berbual. Saat itu, anda akan terkesan pintar di depan lelaki. Ingat, lelaki suka dengan wanita pintar.


11. Jangan Tampak Murahan
Ramah memang harus dilakukan untuk membuat anda menarik di mata lelaki. Namun, terlalu ramah akan membuat anda tampak murahan. Jadi, hargailah diri sendiri di depan lelaki. Hadkan sikap anda di depan lelaki.


12. Berprinsip
Lelaki sangat menyenangi wanita yang berprinsip dan berkarakter. Walaupun anda wanita, jangan terlalu bermanja dengan kehidupan. Tunjukkan bahawa anda mempunyai keinginan yang besar terhadap sesuatu. Jadikanlah hal itu sebagai prinsip hidup anda.

1 comments:

 

Copyright © RARA BEAUTY HOUSE. Designed by Whitey Mommy