Antara aktiviti rara di gym yg rara mesti displin kan diri adalah sit up... Ngeee ~~ Hampir setiap hari pergi ke gym.. Rara nak fitkan badan mcm model kat bawah nihhhh... Aiyakkk, bolehhh ke ??
Jeng.....jeng....jeng...... Hahaha, hari ni boleh 200x jer sit up... Sakit perut2 sbb kekenyangan sebelum sampai gym... Haishhh nti xleh la makan sampai kenyang k...
Antara Tips Yang Rara Boleh Kongsi :
--------------------------------------------
1. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memiliki bahagian perut yang cantik. Elakkan makanan berminyak dan mengandungi garam/gula yang tinggi. Begitu juga elakkan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna yang terlalu tinggi kandungannya.
2. Minum banyak air dan kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul. Pakar pemakanan juga menyarankan supaya kita minum dulu sebelum makan tetapi jangan minum air sejurus selepas makan.
3. Apakata kita kurangkan pengambilan nasi. Ambil sekali sehari sudah memadai. Tak pun untuk mendapat berkat dan menambah pahala, cubalah kita berpuasa isnin dan khamis dalam tempoh seminggu sekaligus merehatkan badan, perut dan minda.
4. Rajin-rajinlah melakukan aktiviti riadah. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti.
Kalau sesiapa ada petua yang best juga boleh kongsi di sini.
0 comments:
Post a Comment